Monday, 25 November 2013

Homestay Pak Ngah

Pak Ngah Lendu....Siapa yang tak kenal Pak Ngah Lendu? Ramai yang tak kenal ! Ha ha....!! Macam mana nak kenal...Pak Ngah bukan tinggal di Lendu....sekali sekala aje balik kampong ( Lendu). Dah memang orang Singapore, tentulah tinggal di sana, ye tak?  Kalau nak kenal jugak,  tengok gambar terlatest Pak Ngah ni..... Sekali pandang  macam  hero filem Terminator, Arnold Schwazenegger.! Biasa jumpa? 
Asal usul  orang tua Pak Ngah memang orang Lendu.  Itulah ada kaitan dengan kampong yang famous ni. Sampai ke Sabah, ramai yang tahu tentang kampong ni! Apa tidaknya, ramai jugak pelajar UITM Lendu  yang  berasal dari Sabah....


 


Tengok foto di atas ni. Haa...inilah rumah Pak Ngah yang jadi part time homestay. Macam comel jer...macam cantik jer... he he! Dah Pak Ngah tak  selalu  duduk di sini, aku ( adik dia lah!), recommend kan lah  dijadikan homestay. Dapat  jugak 'masyuk" sikit  dan  dapat  jugak buat amal tolong mana-mana famili yang nak menginap sementara di sini. Maklumlah, zaman ni, konsep homestay lebih menarik dari  hotel, dan tentunya  lebih  murah.

Homestay Pak Ngah ni   besar tidak, kecik pun tidak.  Kira just nice je lah. Setakat Pak Ngah, Mak Ngah dan anak cucu  dok lepak-lepak  dua tiga hari kira ok la. . Bilik ada tiga, bilik air pun tiga. Tapi, untuk Homestay,  Pak Ngah kasi  pakai dua bilik je.  "Master bedroom" Pak Ngah gunakan untuk simpan pakaian Pak Ngah & Mak Ngah. Tapi setakat tujuh lapan orang, dua bilik tu pun rasanya dah cukup. Kalau tak cukup,  ruang tamu pun boleh diguna  untuk tempat "landing".  Tilam sepan extra  ada, jangan bimbang.

OK, kita cerita lagi  detail pasal  Homestay ni.  Aku pun kalau cari Homestay, tentu nak tahu apa kemudahan yang ada, ye tak?  OK,  di bawah ni  di"attach" kan foto bilik pertama  Homestay Pak Ngah ni  Ada  katil besar,  almari  pakaian dan satu cermin solek.


Kalau ada anak-anak  yang penakut, nak tidur sebilik, boleh letak  dua tilam sepan sebelah katil ni. Tilam sepan ni  memang ada disediakan,  free je.

Kalau nak simpan baju, boleh taruh dalam   almari  di atas ni.  Rasanya cukuplah  untuk letak pakaian setakat duduk untuk dua tiga hari. Kalau tak cukup, engkorang bawaklah sendiri almari dari rumah. Letak je sebelah almari tu pulak.

Haaaa, yang  di bawah ni pulak, foto  bilik yang satu lagi tu. Ada  dua katil "single", dan almari   pakaian.   Cukup besar tak? Kalau tak cukup, macam aku  sebut tadi jugak lah,  boleh lah bawak almari sendiri dari rumah.  Antara  dua  katil  tu, kalau nak letak tilam sepan  memang boleh. Kalau tak cukup ruang,  boleh tidur bawah katil tu... ha ha!



Errr... lupa lak nak bagi tau. Kedua-dua bilik ni  ada air-cond.   Boleh set suhu dia secukup rasa.  Kalau engkorang jenis yang  badan tak banyak lemak, tak tahan sejuk,  pakai kipas je la.

OK, cerita  pasal ruang tamu pulak. Tengok foto ni je la, tak payah cerita panjang-panjang tentang apa yang ada. Macam orang putih kata, "a picture tells  a thousand stories". Jadi  tengok foto ni  lama-lama sikit, kemudian engkorang buatlah "stories" sendiri.   Yang ada extra sikit,  TV  tu  ada  ASTRO!   Susah nak jumpa Homestay yang ada ASTRO tau!  Tapi "channel"nya  yang biasa-biasa je.Movie tak de,  Sport pun tak de. Kalau yang kaki bola fanatik, kalau nak jugak tengok bola, bawak jer decoder dan kad ASTRO sendiri.  Sampai sini tukar kejap. Bila nak balik, tukar balik.  Kalau tukar  kad saja tak cukup, aku dah cuba.   ASTRO tu cakap " You have inserted  an invalid card..." Lebih kurang gitu lah. Pandai betul ASTRO ni. Tak macam dulu lagi, boleh tukar-tukar kad.  Kurang asam betul!      

Bagi yang  memang suka tido depan TV, bolehlah angkat tilam sepan bentang depan TV tu.  Sini pun ada aircond. Kalau badan  dah letih, sekejap je engkorang tengok TV, lepas tu TV pulak tengok engkorang.....


Kalau malas nak angkat tilam, tidur je la  atas sofa tu, dengan syarat  engkorang  ni taklah jenis  yang  kaki  tersangat  panjang.


Nak gosok baju?  Dont worry,  seterika  pun ada...  kat tepi dinding ruang tamu ni, tepi pintu ke ruang dapur. Bolehlah  gosok baju  secukup rasa.

Nak minum kopi sambil tengok TV? Haaa.. meja bulat kat ruang tamu ni  sesuai  digunakan. Boleh guna jugak untuk surfing computer. Wifi..?  Tak de...... engkorang mintak je lah kat Celcom ke Maxis ke DIgi.....he he!!


OK... cerita bilik sudah,  ruang tamu sudah. Cerita  pasal  ruang dapur pulak.  Mungkin  tak ramai yang guna ruang  dapur ni. Tapi kalau nak minum ke, nak masak sikit-sikit tak de hal. Haaa,.. dapurnya,  jangan  terperanjat pulak.  Pakai  letrik je. Tengok foto kat bawh ni.   Lebih  senang dan bersih. Setakat nak  rebus maggie, anytime boleh.  Tak payah pakai gas, jadi tak perlu risau  takut gas habis.  Kalau letrik takde je lah problem. Itu pun tak de hal, kedai makan  banyak yang dekat....


Nak  minum kopi? Teh? Horlick? Milo?  Bawak je  engkorang punya  uncang teh ke, serbuk kopi, Horlick, Milo, atau apa apa je minuman 3 in one, 4 in one, macam-macam in one dan boleh  masak air  pakai cerek letrik di bawah ni.

Kalau suka minuman sejuk  pulak, boleh guna  peti sejuk  kat bawah ni. kalau dah  simpan    minuman favourite engkorang dalam tu. masa check out jangan  pulak tertinggal.   Kalau tertinggal, nak poskan, kena bank in duit pos dia.  Nak senang, halalkan  aku minum je.. ha ha!



Nak makan ramai-ramai?  Boleh guna meja makan di bawah ni. Pinggan pun ada!


Nak basuh pakaian?  Mesin basuh pun ada.. Bawak jer  serbuk basuh  sendiri.......Kalau serbuk basuh tu nanti tertinggal,  kira wakaf je laaaa...
 


Bilik mandi?  Errr... macam  yang dah disebut awal tadi lah.. ada  dua.  Bagi yang tak tahan sejuk mandi pagi,  bolehlah guna  pemanas letrik. Haaa.... kat bilik mandi ni tak de air cond eh.  Gilo ko apo?



OK... dalam rumah sudah banyak cerita...  kat luar rumah?   Alright... mula-mula kita cerita dulu  luar pintu rumah..... Ada la sikit ruang untuk lepak-lepak....

Tak payah pakai kerusi, dok je lepak atas   batu tu. Tak de masalah kecualilah  engkorang punya  "bumper"  size  XXL..... Yang itu, tak dapek den nak tolong!   Nak main monopoli kat  luar tu pun boleh.  Ada masa masa nya,  berangin  sedap.  Kalau nak relax lagi, boleh naik buaian  di sebelah rumah  di bawah ni.



Setakat  dua tiga orang  saiz medium boleh naik dan goyang goyang sentimental.  Kalau yang saiz  XXL tu.. kena bagi warning sikit.  Buaian ni  belum di insurancekan lagi.Kalau ter-roboh...jangan bimbang... Hospital Alor Gajah dekat je.....

Sebelah buai tu pulak ada pokok ceri.  Ramai orang kampong yang lalu lalang, sesekali terberhenti bila nampak buah-cuah ceri yang dah masak.  Boleh petik dan terus makan. Tapi yang rendah-rendah tu confirm lah dah tinggal sikit.  Carilah  buluh ke, kayu ke, boleh jolok.  Haaa.. jangan dipanjat... sebab macam buaian tu, pokok ni pun belum di insurancekan lagi...

Kalau setakat nak keluar ke kedai sekejap,  malas nak parking kat dalam, bawah pokok ceri tu pun boleh  pariking. Kira redup lah jugak. Anak anak yang super slim bolehlah duduk atas bumbung kereta tu sambil petik ceri yang masak.....


Sebelah garaj  kereta tu pulak adalah sikit  aku buat projek tanam sayur dalam paip.. Dalam paip? Gilo ko apo?  Ha ha...bukan gilo, tapi buat gilo-gilo.......Saja nak cuba-cuba.  Tak pandai, tapi nak memandai-mandai. Jadi tak jadi tu aku tak kisah. Tapi kalau tengok gambar ni macam nak jadi je? Orang kampong pun ramai yang tanya, boleh ke tanam dalam paip? Dalam paip tu letak tanah ke? Aku jawab, aku pun tak tahu boleh jadi ke tidak, baru nak cuba-cuba. Orang putih kata ni sistem "hydrophonic". Letak  air  baja dalam paip tu.  Kalau ikut teori, pokok ni nak air, baja dan matahari untuk hidup. Apa-apa pun, kalau engkorang datang, bolehlah tengok sendiri. 


Setakat ni dah cuba tanam timun, kacang panjang, salad, bayam, kangkong dan sawi.  Yang susah sikit timun. Nak kena lilitkan dia pada tali pemanjat tu hari hari. Kuat pulak timun ni mencekik air baja bila dah berbunga. Hari hari kena tambah air baja pagi dan petang. Tobat aku  nak tanam timun cara ni, banyak kerja eh!

 Di belakang rumah pulak, adalah disediakan  tempat ampai baju. Tengok gambar ni, rasanya cukuplah untuk menjemur  baju untuk stok sehari dua.


Kalau ampaian  sepanjang ni pun tak cukup,  gunakan je lah  ampaian  emergency kat bawah ni.... gantung pada  paip yang bersilang-silang di atas tu.........






Begitulah  sedikit sebanyak  "stories" tentang Homestay Pak Ngah ni.Nak tahu stories lain, datanglah   ke mari ye!  Errr.  berapa sewa eh?  Ye tak ye pulak,  lupa nak cerita.   RM 140 jer 
Rendah sikit dari  beberapa homestay lain,  dan tinggi sedikit  dari  beberapa homestay  yang lain pulak..  Tinggi sikit, pasal  ada  air cond  &  ASTRO!
Untuk booking,  kenalah bayar deposit  RM50.  Kalau kensel booking,   kira burn lah. Dah ganggu orang lain yang nak booking. Sebelum  booking,  eloklah baca syarat-syarat sewa  Homestay yang  ada  dalam blog ni  sebagai panduan.

OK terima kasih, ..... jumpa lagi di Homestay Pak Ngah!







Monday, 11 November 2013

Tetamu Terkini : Nov 2013


Maaf.... disebabkan  kesempitan  masa,  blog  ini masih belum  dapat  di update kan  ke  perkembangan terkini..............

                                                                      24.11.13



6.58 petang..., En Fauzi Abu dari Pandan, KL... sedang bersiap-siap nak pekena ikan bakar di  Medan Ikan Bakar Duyong, Melaka, sebelum  balik ke KL.  Menginap di Homestay Pak Ngah kerana ada kenduri kahwin  "waris" di kg Air Pa'abas,  5 km dari homestay.  Dengar cerita, "waris" nya tu pun ada kena mengena dengan  nenek Pak Ngah. Yo ko?  Sedaro lah kito!

                                                     16.11.13



        Jam 3.15 petang, sesi berfoto  untuk tetamu dari Seksyen 18 Shah Alam, En Safari Maulana & keluarga. Menginap di Homestay Pak Ngah  untuk menghantar  anak mendaftar  di UITM.   Katanya nak jalan-jalan dulu  ke pantai Tanjong Bidara sebelum  bergerak pulang.   Selamat jalan dan semoga dapat  berjumpa  lagi.

                                                14.11.13

En Hashim Hassan ( kiri sekali ), dari Ipoh, Perak & keluarga. Datang kerana menghadiri majlis konvokesyen anaknya ( kanan sekali/ ijazah Mass Communication ) di UITM Lendu. Foto diambil jam 5.07 ptg, sebelum  En Hashim menyambung  lawatan  ke Bandar Hilir Melaka.  In Shaa Allah,  ada  rezeki dan umur  dapat  kita berjumpa lagi,
[ Perhatian: check out rasmi jam 12 t'hari, tetapi  kalau tiada  tetamu lain nak  check in,,  tak jadi masalah check out lewat sedikit..  Tak de bayaran tambahan. ]
                                                                    
                                                                          13.11.13

 En Miskun Kayat, dari Ipoh, & famili.  Bermalam sebelum majlis konvokesyen anaknya di UITM Lendu.  Yang didokong tu ialah   cucu pertama!  Kecik-kecik dah sampai Lendu!... Foto sebelum  En Miskun bertolak balik ke Ipoh,  singgah  dulu  kat Bandar Tasik Selatan ( rumah anaknya). 


                                                                     11.11.13


Siswazah UITM Lendu, Abdul Fatah Musa ( baju merah ), dari Shah Alam;  dan members   UITM.   Hari ni 12 NOv, dorang ni nak ambil ijazah kat  UITM Lendu.    Sori tak dapat nak  berborak panjang dengan korang semua....... banyak  kerja  menanti.
Anyway... tahniah untuk semua!


Sori.... foto  ada blur sikit.......


Friday, 8 November 2013

Syarat-Syarat Sewaan


Untuk  makluman bakal penyewa Homestay Pak Ngah Lendu
Berikut ialah syarat-syarat  sewaan yang dikenakan. 
Sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat  tersebut, bolehlah terus  membuat  deposit RM50 (utk sehari sewa ) ke dalam akaun Maybank
Nombor 1112 0700 8132 atas nama Abdul Razak Mustafa. Setelah itu, smskan tarikh dan jam di masukkan  deposit berkenaan ke nombor 012-8517709. Untuk lebih senang,  ambil foto slip bank in  tu dan  WhatsApp kan saja.
 ( Deposit ini  tidak  akan dipulangkan  sekiranya  pembatalan  dibuat )
Terima Kasih.


Syarat-Syarat  Sewaan
1. Homestay ini    hanya disewakan  untuk  tujuan  penginapan, bukan untuk  tujuan lain seperti   menjalankan perniagaan  atau   mengadakan   majlis  seperti  majlis kenduri  atau yang  sepertinya.
2.  Penyewa  dikehendaki  menyediakan 1 salinan  kad pengenalan   untuk  rujukan.Salinan ini hendaklah  di hantar melalui  WhatsApp ke nombor 0128517709
3. Penyewa  tidak  dibenarkan  membawa  lelaki/perempuan   yang  bukan  ahli keluarga  atau yang  bukan  muhrim  untuk mengelakkan  sebarang  kegiatan  yang   melanggar  hukum syarak.  Sila  sediakan Sijil Nikah/ kad Nikah   untuk pengesahan.
4. Penyewa  dikehendaki  menjelaskan   sewaan  penuh  semasa   “check-in” dan juga  deposit  RM100.  Deposit  ini  akan  dipulangkan  sepenuhnya    jika  tiada  berlaku  kerosakan  atau kehilangan  pada  peralatan/ perabot   di dalam Homestay  ini.  Jika  ada  berlaku kerosakan/ kehilangan  pada  peralatan/ perabot,   gantirugi  yang   berpatutan  akan   ditolak  dari  wang deposit  ini.
5. Penyewa  dikehendaki  tidak  melakukan  sebarang  perkara  yang boleh mengganggu  ketenteraman  jiran-jiran  seperti  membuat  bising atau  perkara-perkara lain yang  dikira tidak wajar.  Jika terdapat  aduan  sepertinya,  sewaan akan  dibatalkan serta merta.
6. Penyewa  dikehendaki  menjaga  kebersihan  Homestay  sewajarnya .  Jika  keadaan  rumah  yang  akan ditinggalkan  didapati  sangat tidak berpatutan,  RM 20 akan  dipotong  dari  deposit  RM100  untuk  perkhidmatan  pembersihan.
7.  Penyewa  bersetuju  dengan syarat-syarat  di atas ini  dengan menurunkan  tandatangan  di bawah  ini.

      ………………………………………………………
(                                                             )

No K.P : ………………………………………


 Tuan/Puan akan  diberi  borang  ini ketika  "check-in" nanti.





Jutaan  terima  kasih  di atas  kerjasama  yang  bakal  diberikan




.