Asal usul orang tua Pak Ngah memang orang Lendu. Itulah ada kaitan dengan kampong yang famous ni. Sampai ke Sabah, ramai yang tahu tentang kampong ni! Apa tidaknya, ramai jugak pelajar UITM Lendu yang berasal dari Sabah....
Tengok foto di atas ni. Haa...inilah rumah Pak Ngah yang jadi part time homestay. Macam comel jer...macam cantik jer... he he! Dah Pak Ngah tak selalu duduk di sini, aku ( adik dia lah!), recommend kan lah dijadikan homestay. Dapat jugak 'masyuk" sikit dan dapat jugak buat amal tolong mana-mana famili yang nak menginap sementara di sini. Maklumlah, zaman ni, konsep homestay lebih menarik dari hotel, dan tentunya lebih murah.
Homestay Pak Ngah ni besar tidak, kecik pun tidak. Kira just nice je lah. Setakat Pak Ngah, Mak Ngah dan anak cucu dok lepak-lepak dua tiga hari kira ok la. . Bilik ada tiga, bilik air pun tiga. Tapi, untuk Homestay, Pak Ngah kasi pakai dua bilik je. "Master bedroom" Pak Ngah gunakan untuk simpan pakaian Pak Ngah & Mak Ngah. Tapi setakat tujuh lapan orang, dua bilik tu pun rasanya dah cukup. Kalau tak cukup, ruang tamu pun boleh diguna untuk tempat "landing". Tilam sepan extra ada, jangan bimbang.
OK, kita cerita lagi detail pasal Homestay ni. Aku pun kalau cari Homestay, tentu nak tahu apa kemudahan yang ada, ye tak? OK, di bawah ni di"attach" kan foto bilik pertama Homestay Pak Ngah ni Ada katil besar, almari pakaian dan satu cermin solek.
Kalau ada anak-anak yang penakut, nak tidur sebilik, boleh letak dua tilam sepan sebelah katil ni. Tilam sepan ni memang ada disediakan, free je.
Kalau nak simpan baju, boleh taruh dalam almari di atas ni. Rasanya cukuplah untuk letak pakaian setakat duduk untuk dua tiga hari. Kalau tak cukup, engkorang bawaklah sendiri almari dari rumah. Letak je sebelah almari tu pulak.
Haaaa, yang di bawah ni pulak, foto bilik yang satu lagi tu. Ada dua katil "single", dan almari pakaian. Cukup besar tak? Kalau tak cukup, macam aku sebut tadi jugak lah, boleh lah bawak almari sendiri dari rumah. Antara dua katil tu, kalau nak letak tilam sepan memang boleh. Kalau tak cukup ruang, boleh tidur bawah katil tu... ha ha!
Errr... lupa lak nak bagi tau. Kedua-dua bilik ni ada air-cond. Boleh set suhu dia secukup rasa. Kalau engkorang jenis yang badan tak banyak lemak, tak tahan sejuk, pakai kipas je la.
OK, cerita pasal ruang tamu pulak. Tengok foto ni je la, tak payah cerita panjang-panjang tentang apa yang ada. Macam orang putih kata, "a picture tells a thousand stories". Jadi tengok foto ni lama-lama sikit, kemudian engkorang buatlah "stories" sendiri. Yang ada extra sikit, TV tu ada ASTRO! Susah nak jumpa Homestay yang ada ASTRO tau! Tapi "channel"nya yang biasa-biasa je.Movie tak de, Sport pun tak de. Kalau yang kaki bola fanatik, kalau nak jugak tengok bola, bawak jer decoder dan kad ASTRO sendiri. Sampai sini tukar kejap. Bila nak balik, tukar balik. Kalau tukar kad saja tak cukup, aku dah cuba. ASTRO tu cakap " You have inserted an invalid card..." Lebih kurang gitu lah. Pandai betul ASTRO ni. Tak macam dulu lagi, boleh tukar-tukar kad. Kurang asam betul!
Bagi yang memang suka tido depan TV, bolehlah angkat tilam sepan bentang depan TV tu. Sini pun ada aircond. Kalau badan dah letih, sekejap je engkorang tengok TV, lepas tu TV pulak tengok engkorang.....
Kalau malas nak angkat tilam, tidur je la atas sofa tu, dengan syarat engkorang ni taklah jenis yang kaki tersangat panjang.
Nak minum kopi sambil tengok TV? Haaa.. meja bulat kat ruang tamu ni sesuai digunakan. Boleh guna jugak untuk surfing computer. Wifi..? Tak de...... engkorang mintak je lah kat Celcom ke Maxis ke DIgi.....he he!!
OK... cerita bilik sudah, ruang tamu sudah. Cerita pasal ruang dapur pulak. Mungkin tak ramai yang guna ruang dapur ni. Tapi kalau nak minum ke, nak masak sikit-sikit tak de hal. Haaa,.. dapurnya, jangan terperanjat pulak. Pakai letrik je. Tengok foto kat bawh ni. Lebih senang dan bersih. Setakat nak rebus maggie, anytime boleh. Tak payah pakai gas, jadi tak perlu risau takut gas habis. Kalau letrik takde je lah problem. Itu pun tak de hal, kedai makan banyak yang dekat....
Nak minum kopi? Teh? Horlick? Milo? Bawak je engkorang punya uncang teh ke, serbuk kopi, Horlick, Milo, atau apa apa je minuman 3 in one, 4 in one, macam-macam in one dan boleh masak air pakai cerek letrik di bawah ni.
Kalau suka minuman sejuk pulak, boleh guna peti sejuk kat bawah ni. kalau dah simpan minuman favourite engkorang dalam tu. masa check out jangan pulak tertinggal. Kalau tertinggal, nak poskan, kena bank in duit pos dia. Nak senang, halalkan aku minum je.. ha ha!
Nak makan ramai-ramai? Boleh guna meja makan di bawah ni. Pinggan pun ada!
Nak basuh pakaian? Mesin basuh pun ada.. Bawak jer serbuk basuh sendiri.......Kalau serbuk basuh tu nanti tertinggal, kira wakaf je laaaa...
Bilik mandi? Errr... macam yang dah disebut awal tadi lah.. ada dua. Bagi yang tak tahan sejuk mandi pagi, bolehlah guna pemanas letrik. Haaa.... kat bilik mandi ni tak de air cond eh. Gilo ko apo?
Tak payah pakai kerusi, dok je lepak atas batu tu. Tak de masalah kecualilah engkorang punya "bumper" size XXL..... Yang itu, tak dapek den nak tolong! Nak main monopoli kat luar tu pun boleh. Ada masa masa nya, berangin sedap. Kalau nak relax lagi, boleh naik buaian di sebelah rumah di bawah ni.
Setakat dua tiga orang saiz medium boleh naik dan goyang goyang sentimental. Kalau yang saiz XXL tu.. kena bagi warning sikit. Buaian ni belum di insurancekan lagi.Kalau ter-roboh...jangan bimbang... Hospital Alor Gajah dekat je.....
Sebelah buai tu pulak ada pokok ceri. Ramai orang kampong yang lalu lalang, sesekali terberhenti bila nampak buah-cuah ceri yang dah masak. Boleh petik dan terus makan. Tapi yang rendah-rendah tu confirm lah dah tinggal sikit. Carilah buluh ke, kayu ke, boleh jolok. Haaa.. jangan dipanjat... sebab macam buaian tu, pokok ni pun belum di insurancekan lagi...
Kalau setakat nak keluar ke kedai sekejap, malas nak parking kat dalam, bawah pokok ceri tu pun boleh pariking. Kira redup lah jugak. Anak anak yang super slim bolehlah duduk atas bumbung kereta tu sambil petik ceri yang masak.....
Sebelah garaj kereta tu pulak adalah sikit aku buat projek tanam sayur dalam paip.. Dalam paip? Gilo ko apo? Ha ha...bukan gilo, tapi buat gilo-gilo.......Saja nak cuba-cuba. Tak pandai, tapi nak memandai-mandai. Jadi tak jadi tu aku tak kisah. Tapi kalau tengok gambar ni macam nak jadi je? Orang kampong pun ramai yang tanya, boleh ke tanam dalam paip? Dalam paip tu letak tanah ke? Aku jawab, aku pun tak tahu boleh jadi ke tidak, baru nak cuba-cuba. Orang putih kata ni sistem "hydrophonic". Letak air baja dalam paip tu. Kalau ikut teori, pokok ni nak air, baja dan matahari untuk hidup. Apa-apa pun, kalau engkorang datang, bolehlah tengok sendiri.
Setakat ni dah cuba tanam timun, kacang panjang, salad, bayam, kangkong dan sawi. Yang susah sikit timun. Nak kena lilitkan dia pada tali pemanjat tu hari hari. Kuat pulak timun ni mencekik air baja bila dah berbunga. Hari hari kena tambah air baja pagi dan petang. Tobat aku nak tanam timun cara ni, banyak kerja eh!
Kalau ampaian sepanjang ni pun tak cukup, gunakan je lah ampaian emergency kat bawah ni.... gantung pada paip yang bersilang-silang di atas tu.........
Begitulah sedikit sebanyak "stories" tentang Homestay Pak Ngah ni.Nak tahu stories lain, datanglah ke mari ye! Errr. berapa sewa eh? Ye tak ye pulak, lupa nak cerita. RM 140 jer
Rendah sikit dari beberapa homestay lain, dan tinggi sedikit dari beberapa homestay yang lain pulak.. Tinggi sikit, pasal ada air cond & ASTRO!
Untuk booking, kenalah bayar deposit RM50. Kalau kensel booking, kira burn lah. Dah ganggu orang lain yang nak booking. Sebelum booking, eloklah baca syarat-syarat sewa Homestay yang ada dalam blog ni sebagai panduan.
OK terima kasih, ..... jumpa lagi di Homestay Pak Ngah!
No comments:
Post a Comment